Monday, December 7, 2009

Dadih Susu Lembu Asli!!

Dadih sajian berbuka puasa


Rina Haryani Mohd. Alaudin (kiri) mengusahakan dadih susu lembu asli yang diternak oleh ahli keluarganya di Kampung Seberang Keretapi, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah. - utusan/ismail kamadin


ALOR SETAR 4 Sept. - Dadih yang diperbuat daripada susu lembu segar merupakan antara makanan kaya khasiat kegemaran rakyat negara ini yang mudah diperoleh di kebanyakan tempat serta boleh dijadikan antara sajian enak untuk berbuka puasa.
Mempunyai tekstur rasa yang lembut serta manis membuatkan makanan ini mempunyai peminat tanpa mengira usia.
Namun jika dadih yang dihasilkan tidak kena pada caranya, makanan tersebut akan menjadi masam dan tidak sesuai untuk dimakan.
Bagi seorang pembuat dadih, Rina Haryani Mohd. Alaudin, 28, susu lembu segar serta berkualiti tinggi menjadi rahsia untuk menghasilkan dadih yang sedap dimakan.
Dia yang sudah mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam menghasilkan dadih segar memberitahu, ilmu untuk membuat dadih diperoleh daripada seorang kenalan.
"Dia tunjuk saya sekali sahaja cara-cara untuk membuat dadih dan saya terus cuba buat sendiri.
"Susu lembu segar memang tiada masalah kerana keluarga saya memelihara kira-kira 11 ekor lembu susu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Alor Mengkudu, dekat sini baru-baru ini.
Menurut Rina, idea untuk menjual dadih lembu segar timbul selepas banyak susu lembu segar yang diperoleh daripada lembu-lembu milik keluarganya dibiarkan begitu sahaja.
"Jadi saya terfikir apa lagi yang boleh dibuat dengan menggunakan susu lembu segar ini.
"Setelah mendapat resipi untuk menghasilkan dadih saya terus membuatnya untuk dijual di sekitar Alor Setar," katanya.
Katanya, dadih yang dihasilkannya mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi, jagung, coklat serta perasa asli.
Dalam seminggu, katanya, lebih 500 cawan dadih dihasilkan untuk dijual di sekitar pasar malam serta pasar tani.
"Kanak-kanak memang gemarkan dadih yang mempunyai pelbagai perasa tetapi mereka kurang gemar dengan perasa susu asli yang berwarna putih.
"Sebelum ini saya ada menghantar dadih-dadih keluaran saya ke sekolah-sekolah melalui seorang rakan namun rakan tersebut kini telah berpindah," katanya.
Jelasnya, perniagaan membuat dadih itu kini dikembangkan sebagai perniagaan keluarga.
"Kami juga mengambil tempahan untuk musim perkahwinan dan adik-beradik saya yang membuat pengurusan.
"Saya memang berhajat untuk memperbesarkan perniagaan membuat dadih ini jika mempunyai modal yang mencukupi," ujarnya.
Bagi mereka yang ingin menempah dadih daripada Rina boleh menghubunginya di talian 019-5571388.

4 comments:

mamamunie said...

bisnes dadih ni diusahakan oleh kak aku...dia pernah masuk surat kabar utusan n kisah dia wat dadih ni masuk tv RTM baru2 ni... :-)

Anonymous said...

Dadih beliau sgt sedap di makan...tambah2 dadih perisa asli tu...Mmmmmm....yummy...

Mr Bart said...

kalo tak silap masa bulan puasa lepas berita ni kuar....pada 4HB 9 2009.

syahmira_komey said...

btul 2...mmg sdap n ori dadih 2...rugi x try...