Monday, June 11, 2012

Happy Birthday Boss

Date: 11/06/2012
Event : BK Ooi's Birthday





Kain Buruk Boleh Dibasuh

Hai semua... No. I'm not selling any kain buruk here. Cuma tak tahu nak letak tajuk apa kan. Sebenarnya harini saya nak bercakap tentang sifat manusia. Anda juga mesti pernah berdepan, mendengar atau alami sendiri situasi ini. Apabila kita mendengar seseorang buat satu kejahatan, cepat dan mudah saja kita menghakimi dia. Kita tentukan dosa pahala dia, syurga atau neraka tempatnya.


Siapakah kita?layakkah kita menilai seseorg? sudah taraf "malaikat" atau "nabi yang maksum" kah? sama sekali tidak. Sejahat mana pun manusia tu, boleh berubah menjadi baik kalau Allah nak. Tugas kita hanya menasihati, memberi panduan. Bukan menuding jari, bukan menghakimi atau lebih teruk lagi membuka aib dia merata-rata. Sekotor-kotor atau seburuk mana pun sehelai kain, jika dibasuh, boleh menjadi bersih. Jangan lah melemparkan hinaan atau menyumpah yang bukan2 kepada pesalah. Sebabnya, di masa depan, kita tak tahu diri kita akan jadi macam mana, kita tak tahu anak cucu kita nanti perangai macam mana.




Tidak ada seorang pun dalam dunia ni sejak kecil bercita-cita nak jadi penjahat, nak jadi perogol, pembunuh. Semuanya pasti bersebab dan mungkin hanya Allah saja tahu sebabnya. Kadang kala saya terfikir, kalau la seorang perogol masuk penjara dan insaf akan kesalahannya, setiap hari mendalami ilmu agama, mengabdikan diri pada Allah setiap saat. Alangkah indahnya jika dia mati dalam keadaan Allah ampunkan semua dosa-dosanya. Bukankah itu takdir hidup terbaik yang telah Allah tentukan untuknya? Berbanding dengan insan-insan yang Allah takdirkan menjadi seseorang yang dihormati di dunia, disanjung di sana sini, tapi lalai terhadap Allah, hanya pandai menuding jari terhadap orang sekeliling yang "buruk", maka tentulah beliau insan yang rugi.

Saya ingin belajar untuk sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja walaupun kepada insan yng pernah lukakan hati saya. Ini janji kepada diri saya sendiri. Selepas ni, kalau saya terdengar apa-apa hal orang buat kejahatan, saya hanya nak mendoakan agar Allah bukakan hati beliau untuk berubah. Dan yang paling penting Allah akan melindungi saya dan keluarga saya dari pelbagai godaan kejahatan. Siapa tahu, hari ni kita mengata orang, menghina orang...besok lusa...kena balik pada diri sendiri. Allah Maha Kaya.. kan? semua ada anak, kakak, adik, abang...keluarga...kan? Jadi belajarlah mengeluarkan doa-doa yang baik sahaja, moga-moga dengan berkat doa tersebut, anak cucu kita juga mendapat keberkatan. Amin...

Saturday, June 9, 2012

Our 2nd Wedding Anniversary

Hari ini genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku & Mr Bart. Dan sepanjang 2 tahun perkahwinan ini, kami dikurniakan 2 orang cahayamata. Muhammad Luqman Wafi permata cinta kami yang pertama dan yang kedua bakal menyusul bulan Oktober. :-) Alhamdulillah...syukur padamu Ya Allah. Kehidupan kami juga aman tenteram dan sangat bahagia walaupun kadang kala, ada juga dugaan yang datang melanda namun kami mampu melaluinya dengan penuh sabar. Dan semua dugaan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri.

Aku mengenali bart7 (nama yang dia guna masa chatting dengan aku) pada bulan April 2007 masa berchatting di MIRC channel kampung. Hihi. Entah macam mana, boleh pula bertukar nombor telefon kat situ walaupun sebelum ni memang aku tak akan bagi nombor fon kat sapa2 pun. Sembang pun tak banyak kat situ, aku terus log out dan balik rumah...dan aku langsung dah tak ingat pada bart7 ni sampai la seminggu lepas tu kot..masa tengah hujan lebat, di saat aku tengah makan apom balik dengan Mone, Mirah n Petom, fon aku bunyi...

bart7 : Assalamualaikum..hai..awak Munirah kan?
Atiesya88 : Wasalam..ya ya..ni sapa ek?
Bart7 : Saya Bakhtiar. Ingat lagi tak? Kita chat haritu...
atiesya88: owhhhhh...ingat2...

then kami pun bersembang la..tapi tak lama..dalam 10 minit je.

Then malam tu dia msg aku... “Good Nite.. :-)”
 aku pun reply “Good Nite jugakkk :-)”

Selepas msg malam tu, kami kerap bermesej...tapi yang pasti ucapan “Good Morning” dan “Good Night” menjadi rutin kami...mesej tnya khabar, sembang2 kosong. Masa tu hati aku ni sedikit sebanyak dah macam terpaut kat dia..hihi. Sebab dia sangat caring. Terlalu penyayang orangnya. Hari2 aku akan buka Friendster tengok gambar dia. Hati aku jadi rindu walaupun aku tak pernah sekalipun jumpa dia. Maybe tu la kuasa cinta :p Tapi entah kenapa, aku rasa macam aku ni bertepuk sebelah tangan. Jadi setiap malam aku berdoa, janganlah bagi hati aku ni terpaut lak kat dia. Aku tak mahu kecewa. Then adik aku kata, “bodo la hang nih...bukan doa camtu..doa cam ni..Kalau dia jodohku, dekatkan lah dengan aku,kalau bukan, minta dia jauh dari aku” oooo..cmtu rupanya..Thanks adik gemok.  Aku pun berdoa la setiap malam. Semakin aku berdoa, aku rsa dia semakin kerap call, kerap msg. Mmmm..xpela..dia anggap aku adik dia kot. Sbb aku jarak 6 tahun dengan dia dan dia ada adik sebaya aku. Adik2 dia panggil dia ALONG.

Atiesya88: boleh I pgil u Along mcm adik2 u?
Bart7: mmm...xyah la.. u pgil je Abg..
atiesya88: lorrr..awat lak..kan I ni adik u.
bart7: xpe la..bagi lain dri lain ckit..
atiesya88: mcm tu plak..hmm ok..

Pada 20/05/2007, tarikh yang paling sweet..kami mesej sampai kul 4 pagi :-) Tiba2...tweeett..twettt..

bart7: I love u
atiesya88: Love? Maksud u sayang kan? Ye la.. smua org pun syg kwn2 dia..
bart7: mmmm..tak..Love is Cinta.
Aku melompat duduk. Kejut adik aku. Weh...aku mimpi ka ni...biaq betoi ni weh. Rasa cam nak nangis pun ada. Then bila aku tak reply, dia terus call. Dia cakap betul yang dia dah jatuh hati kat aku. Then aku pun tersipu2 malu cakap aku pun terima dia.  Ooouuchhh...so sweet my love....

23/05/2007, dia cakap dia nak datang Alor Setar jumpa aku. Kami tak pernah berjumpa lagi. Aku pun siap lawa2 petang tu keluar jumpa dia kat Taman Rimba ditemani Petom. Kami tak cakap banyak sebab malu lagi. Macam boring ja duk situ, Kami pi jalan2 kat Pacific. Sebelum Maghrib, kami balik umah dan dia balik umah makcik dia kat Alor Setar. Dari balik tu sampai la esoknya, dia terus tak msg atau call aku. Aku cakap sorang2 dalam hati, maybe bila jumpa, dia tak suka aku kot...aku kan tembam, muka pun buruk ja.. xpa la..aku tak paksa dia pun. Andai kata dia tak boleh teruskan sebagai kekasih, maybe kami boleh still sebagai kawan ja. Lagipun memang hubungan ni start sebagai kawan. Tiada salahnya berpatah balik. Lagipun masih baru. Kalau terluka pun, parut belum besar, masih boleh dirawat segera... Diam begini hanya mengundang resah di hati. Aku pun msg dia.

Atiesya88: u, knapa diam ja...xpa, klu u x leh trima I, I ok ja la. Jgn diam cm ni. Kita leh jd kwn balik. Xyah couple2 ni smua. Btul, I x paksa u utk trima I jugak2 lepas kita jumpa. It's ok. Kita kawan ok?

Dia tetap x balas msg. Xpe la, sekurangnya aku dah meluahkan keresahan aku tu kan...malam tu Petom nak keluar dengan kawan dia. Mirah nak keluar dgn Tikah. Aku kata, xpala, aku ikut ampa ja la. Lagipun mak takdak kat umah. Semua keluar, rumah kosong. Boring la dok sorang. Tiba2 msg aku bunyi...

bart7: hai...free x mlm ni. I kat cni lg. Jom kluar nak?
Atiesya88: ok.. lagipun I nk pi pacific mlm ni. C u there at 8.

dalam hati aku lega sebab dia masih terima aku sebagai kawan. Aku rasa malas la nak bersiap. So aku pkai jeans n t shirt. Tak mekap pun. Malas.

Sampai ja kat pacific, dia dah tunggu aku. Aku pun terus pi kat dia. Then dia ajak aku keluar pi jalan2 area Alor Setar ni...

dalam kereta...

bart7: u nampak lain la. Lain kali jgn mekap. Natural lebih lawa.
Atiesya88: maknanya, ptg smlm tu I nmpak tak lawa la..pasai tu u terkejut terus diam.
Bart7: **gelak besar** mana ada lah..i ada keja. Lagipun nak bg u suspens. Suka fkir bukan2.

Pastu dia genggam tangan aku sambil jeling2 manja..aku terkesima..lalu tertunduk malu... :p

Balik dari jumpa dia, baru aku bagi tau kat mak. Mak kata, aku ni mudah sangat percaya kat orang la, apa la..dia bsing2 macam machine gun baru topup peluru..mak warning, kalau nak berkawan, mak nak jumpa dia. Nak tengok dengan sapa aku berkawan.  Ok la mak..i follow... aku pun bagi tahu Bart.. “abang, kalau abang serius dgn syg, abg mai la umah jumpa mak...mak risau. Mak takut syg kwn dgn org yang salah” pastu dia kata ' ok syg, nnti abg datang tau” selepas seminggu dia pun datang la jumpa dengan mak aku. Mak sembang rancak dengan dia. Dia pulak jenis hormat orang tua2 dan bersopan. Mak terus suka dan setuju bagi kami bercinta. :p Hubungan cinta kami ni berlangsung selama 3 tahun sebelum kami berkahwin. Ada jugak edisi cinta jarak jauh, edisi cinta jarak dekat. Macam2 kenangan pahit dan manis yang telah kami tempuh. Nanti akan ku nukilkan di part yang seterusnya.
Ni la gambar masa first time jumpa :)



Ni lak gambar masa jumpa the next night ;-)


ABANG....
    Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-2. Terima Kasih sebab menjadi suami yang baik untuk sayang dan papa yang hebat untuk anak-anak kita. Abang wira di hati sayang sebab walau dalam susah atau senang, abang tetap di sisi sayang tanpa jemu. Semoga ikatan suci ini diberkati Allah hingga ke syurga yang kekal abadi. I love you so much...
   ...SAYANG

Wednesday, June 6, 2012

Sakit Pinggang Semasa Hamil

Assalamualaikum...

Sakitnya lah hai masa saya dok menaip post ni. pinggang ni terasa sakit sangat. mencengkam urat2 saya. bila pergi check, doktor ada beritahu" bagus u datang check sebab sakit pinggang masa hamil ni tak leh dipandang remeh"

But in my case, nothing is serious. Doktor cakap, maybe tulang punggung tu nak mengembang sebab nak support baby. So, kena banyakkan exercise dan jangan duduk dalam tempoh yang lama.


Kadangkala, sakit pinggang masa hamil ni boleh menjadi masalah serius kerana ;

1)Buah pinggang anda bengkak
2)Dijangkiti kuman pada saluran kencing
3)Kedudukan bayi yang songsang

Jadi, walau apa pun masalah anda, jangan biar ia berlarutan. Sila pergi berjumpa doktor dan seeloknya buat ultrasound KUB bagi memastikan tiada masalah lain yang timbul.

Tips untuk mommies yang ada masalah sakit pinggang masa mengandung ni ialah :

1)Pakai pakaian longgar dan selesa.
2)Sentiasa sapu balm/minyak bagi kurangkan sakit dan elakkan terlalu banyak makan ubat
3)Elak melakukan kerja2 berat
4)Pakai kasut yang rata dan selesa. Jangan pakai kasut tinggi.
5) Tidur, duduk dan berdiri ikut posisi yang betul. Lapik bantal kat pinggang supaya lebih selesa.
6) Jangan makan benda sejuk dan berangin.
7)Minum susu lebih kerap. Kalau tak lalu susu, boleh ambil pil kalsium. 

Tuesday, June 5, 2012

Product Review : Whoopee Diapers

Hai semua...

Sebelum ni dok dengar kat radio jer tentang Whoopee Diapers ni...Utk pengetahuan semua, Luqman memang dah terbiasa dengan PetPet. Harga pun ok, tak terlalu mahal. But my officemate told me, Whoopee jauh lebih murah.RM28.90 jer satu pek kat Tesco. So i decided nak try sebab Whoopee pun ada magic tape yang boleh lekat berulang kali, iaitu faktor utama yang i nak bila beli diapers kat anak. Sebab i ni kan mak yang suka letak minyak banyak2 kat perut dia. Bila tape biasa tu kena minyak, dah taknak melekat. Kalau magic tape, adjust la 10 kali pun, tetap melekat elok jer.


Hasilnya, saya memang puas hati dengan Whoopee sebab:

  1. Tiada kebocoran
  2. Ada magic tape, boleh lekat berulang kali
  3. Lembut dan selesa bila bayi pakai.
  4. Tiada masalah ruam atau kemerahan pada kulit. 
  5. Murah
  6. Produk Buatan Malaysia
ni pendapat saya dan ia sesuai dengan anak saya. Anda bagaimana? Sila cuba dan alami sendiri. :-) Oh ya, anda boleh cuba dengan meminta sample percuma daripada Whoopee. Cara-caranya mudah sahaja. Hanya perlu e mel maklumat kepada whoopee@peoplengrit.com

Sila sertakan maklumat berikut :

 Name:
MyKad:
Address:
Mobile No:
Baby's name:
Baby’s MyKid:
current diaper brand:
Request Sample size: (you are allowed to mix)

Product Review : Sustagen Junior 1+

Salam Sejahtera semua...

Harini saya nak berceloteh tentang Sustagen Junior 1+. Sebelum ni Encik Luqman dah minum bermacam jenis susu. Mula2 dia lahir dulu, susu badan saya tak berapa cukup...Jadi ada jiran cadangkan bagi dia Dumex Dulac. Tapi tak sesuai untuk dia. susah nak buang air besar jadinya. So bertukar pula ke Lactogen hasil saranan Uncle Kedai Ubat Cina. Kali ni ok ja dia berak. Perut pun tak pernah meragam. Sampai la umur dia 18hari, dia dimasukkan ke wad sebab dia kan lahir tak cukup tempoh, so ada kuman sikit kat paru-paru. Masa kat wad tu, saya bagi dia susu yang hospital sediakan. Wah wah..begitu berselera dia minum. saya cuba rasa sikit. mmm...memang lemak berkrim. so saya tanya kat nurse di situ, hospital guna susu apa..dia cakap guna Anmum. Balik tu terus story kay my mum. Apa lagi..nani dia kalut bergegas ke farmasi belikan Anmum buat cucu tersayang. Jadi, i bagi Encik Luqman minum Anmum sampai la dia berusia 1 tahun. Memang mahal. Tapi dia la satu-satunya anak i. masa lahir tak cukup bulan pula. susu badan pun dapat merasa sekejap ja..so, rasa tersangat la kesian kat dia. Encik Luqman pulak kuat minum. Sebulan i kena beli 8 kotak untuk dia. Anmum memang bagus plus dia pun suka! ;-)

Bila dia dah setahun, dah makan macam-macam makanan berkhasiat, i discuss dengan papa Luqman, apa kata kita tukar bagi susu murah sikit. Dumex Dugro ke..Lactogen ke...Then papa cakap, tak sampai hati la...kita boleh tukar susu, but bagi yang berkualiti tinggi untuk tumbesaran pesat Encik Luqman.I pun spend time pi survey dan baca nutrition label, beza-bezakan, and i found out, Sustagen Junior 1+ probably is the best for him. Because of the Appetit Support Nutrition. In this case, if Encik Luqman tak lalu makan, makan tak seimbang, he still get all the nutrition from his milk. hmm..Super Duper Good!



Uncle Kedai Ubat juga sarankan suruh i bagi dia creamy vanilla atau honey delight taste sebab lebih berkhasiat untuk dia. Dan nampak Encik Luqman begitu teruja dengan Honey Delight. So, i selang selikan dengan Tasty Plain.

Biasanya harga pek kembar 1.3kg Sustagen Junior 1+ ni RM 54.00 kat Kedai Ubat Uncle Tong Hong. Kat Tesco around RM56.00..Tapi rezeki Encik Luqman, Sustagen buat promotion exclusively at Tesco... RM50.99 je!!! Then siap dapat free gift, melamine plate 8". I terus beli stock sebulan iaitu 4 pek kembar untuk Encik Luqman. :-) Beli 2 pek Tasty Plain and 2 pek Honey Delight. so all together mama dapat 4 pinggan free. Hihi.

For more info, mommies boleh go to Sustagen Webpage. dan jangan lupa register di Susta Club yer! Boleh himpun points and redeem free gifts!!!




Wednesday, May 30, 2012

~Selamat Jalan~

Assalamualaikum...

Semalam kami sekeluarga pi ke rumah Uncle&Ci untuk megucapkan selamat jalan kepada mereka sekeluarga yang bakal bertolak ke Sabah untuk memulakan perniagaan di sana. Reaksi pertama i, of course la terkejut kan... macam ni la lebih kurang..

Mak: ci call mak. bagi tau kata depa sekeluarga nak pi Sabah. nak meniaga dengan kawan uncle kat sana.

I: Hah?? Biaq betoi mak...jauh tu...ci melawak ngan mak kot...

Mak: dak aihhh..betoi la ni. tempat meniaga la ni tak bagi depa meniaga dah.

I: eeeeiiiii...busuknya hati tuan kedai tu...jahat betoi. 


Sedeynyaaa....entah bila pula kita dapat berjumpa. 


Buat Uncle&Ci,

Semoga berjaya di sana nanti. Moon kat sini sentiasa doakan kejayaan anda, semoga murah rezeki dan semoga tabah menghadapi apa jua dugaan dalam hidup ni. Mungkin Allah turunkan hujan lebat, ribut taufan dalam hidup kita, sebab lepas ni Allah nak bagi pelangi pulak. So, be strong. Nanti bila baby no 2 dah besar sikit, Bila Air Asia buat promosi kapai terbang, Moon pi Sabah lawat Ci n family na... Atau bila Uncle dah kaya, nak sponsor i pun ok jugak. :p Bila Moon bersalin nanti, balik la tengok baby tau!!! SELAMAT JALAN!!!!

Buat Bal, Tiqah, Nabilah, Nim, Onie n Carl, 

Belajaq cakap Sabah bah bah bagi pandai2. Nanti balik ajaq i ok... Jaga diri baik2. Belajaq di sekolah baru bagi pandai2 na..Jangan lupakan kami kat cni... :-( I love you all with all my heart!

Byeeeee..

**Tengah cari gambaq depa sekeluarga nak buh kat cni.bagi meriah ckit. hihihi.