Tuesday, June 5, 2012

Product Review : Sustagen Junior 1+

Salam Sejahtera semua...

Harini saya nak berceloteh tentang Sustagen Junior 1+. Sebelum ni Encik Luqman dah minum bermacam jenis susu. Mula2 dia lahir dulu, susu badan saya tak berapa cukup...Jadi ada jiran cadangkan bagi dia Dumex Dulac. Tapi tak sesuai untuk dia. susah nak buang air besar jadinya. So bertukar pula ke Lactogen hasil saranan Uncle Kedai Ubat Cina. Kali ni ok ja dia berak. Perut pun tak pernah meragam. Sampai la umur dia 18hari, dia dimasukkan ke wad sebab dia kan lahir tak cukup tempoh, so ada kuman sikit kat paru-paru. Masa kat wad tu, saya bagi dia susu yang hospital sediakan. Wah wah..begitu berselera dia minum. saya cuba rasa sikit. mmm...memang lemak berkrim. so saya tanya kat nurse di situ, hospital guna susu apa..dia cakap guna Anmum. Balik tu terus story kay my mum. Apa lagi..nani dia kalut bergegas ke farmasi belikan Anmum buat cucu tersayang. Jadi, i bagi Encik Luqman minum Anmum sampai la dia berusia 1 tahun. Memang mahal. Tapi dia la satu-satunya anak i. masa lahir tak cukup bulan pula. susu badan pun dapat merasa sekejap ja..so, rasa tersangat la kesian kat dia. Encik Luqman pulak kuat minum. Sebulan i kena beli 8 kotak untuk dia. Anmum memang bagus plus dia pun suka! ;-)

Bila dia dah setahun, dah makan macam-macam makanan berkhasiat, i discuss dengan papa Luqman, apa kata kita tukar bagi susu murah sikit. Dumex Dugro ke..Lactogen ke...Then papa cakap, tak sampai hati la...kita boleh tukar susu, but bagi yang berkualiti tinggi untuk tumbesaran pesat Encik Luqman.I pun spend time pi survey dan baca nutrition label, beza-bezakan, and i found out, Sustagen Junior 1+ probably is the best for him. Because of the Appetit Support Nutrition. In this case, if Encik Luqman tak lalu makan, makan tak seimbang, he still get all the nutrition from his milk. hmm..Super Duper Good!



Uncle Kedai Ubat juga sarankan suruh i bagi dia creamy vanilla atau honey delight taste sebab lebih berkhasiat untuk dia. Dan nampak Encik Luqman begitu teruja dengan Honey Delight. So, i selang selikan dengan Tasty Plain.

Biasanya harga pek kembar 1.3kg Sustagen Junior 1+ ni RM 54.00 kat Kedai Ubat Uncle Tong Hong. Kat Tesco around RM56.00..Tapi rezeki Encik Luqman, Sustagen buat promotion exclusively at Tesco... RM50.99 je!!! Then siap dapat free gift, melamine plate 8". I terus beli stock sebulan iaitu 4 pek kembar untuk Encik Luqman. :-) Beli 2 pek Tasty Plain and 2 pek Honey Delight. so all together mama dapat 4 pinggan free. Hihi.

For more info, mommies boleh go to Sustagen Webpage. dan jangan lupa register di Susta Club yer! Boleh himpun points and redeem free gifts!!!




No comments: