Friday, March 30, 2012

Bercuti...Kat Mana?

Saya ni kadang-kadang kuat membebel dan merajuk. dan mungkin sikap saya tu buat orang tak selesa… entah lah. memang perempuan dianugerahkan sikap ni kot, yang tak boleh dibuang terus tapi boleh dikawal rasanya.  Kalau tak bebel, nanti ada sahaja masalah timbul. bila cakap elok2, macam kurang difahami sahaja. Tengah dok berfikir..rasa macam nak pergi bercuti sekejap tenangkan fikiran seorang diri. tapi masalahnya, saya tak boleh tidur tanpa Luqman. dialah segala-galanya dalam hidup saya. Dia lah satu-satunya yang tak memberi masalah. Maafkan mama Luqman..andai dalam stress ni, mama termarahkan Luqman, tinggi suara pada Luqman. Dalam hati mama, hanya Allah sahaja yang tahu betapa mama cintakan Luqman mama ni..Nyawa pun mama sanggup pertaruhkan demi anak mama yang hensem bijak nih… Nanti kita pi jalan2 ya sayang… Mama tengah fikir nak bawa Luqman ke mana. Taknak jauh2 sangat.
Lost World of Tambun
Langkawi Island / Pulau Langkawi
Langkawi
Genting Highlands, -Las Vegas- on a hill top (2000 above sea level), about 50km south-east of Kuala Lumpur, Malaysias only Casino is there plus theme parks, restaurants, resort, etc
 Genting Highland
Cameron Highland
Nanti kita discuss dan pilih antara empat lokasi ni ya…mama kena pilih tempat ikut kesesuaian sayang mama juga. tak boleh tempat panas. dan kena tempat yang sesuai dengan jiwa Luqman yang sekarang ni memang sangat aktif. hehehe. kena cari tempat yang senang “control” Luqman.

Sunday, March 25, 2012

Planta Gold

Semalam saya ke Mydin sebab nak beli barang makanan Luqman yang dah habis stock kat dalam peti ais tu.. Kemudian saya teringat, ouchhh..stock minyak sapi yang saya guna untuk membekalkan lemak dan menggemukkan beliau juga sudah habis...  so saya pun pergi la kat bahagian mentega dan marjerin. nak cari minyak sapi. hehe. tiba-tiba saya ternampak kilauan Planta Gold!! memang catchy sebab terpampang info kat situ..



"TAHUKAH ANDA? Kanak-kanak memerlukan lemak yang baik dan vitamin dalam diet seharian untuk pembesaran yang sihat. Planta Gold mengandungi lemak baik dan 9 jenis vitamin."

wahhh..menepati apa yang mama cari betul... bisik saya dalam hati. terus ambil satu dan letak dalam bakul sambil berjalan dengan girangnya.  untuk pengetahuan mommy semua, lemak merupakan komponen penting yang diperlukan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.  mereka ni memerlukan 40% lemak dalam diet harian sebab mereka bayak menggunakan tenaga dan lemak penting uktuk membina fizikal mereka. Planta Gold juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang diperlukan oleh otak bayi. memang terbaek lah Planta Gold. saya masukkan 2 sudu kecil dalam bubur nasi anak saya.

Monday, March 12, 2012

Sedih Pilu

Sejak mengandungkan anak kedua ni, aku semakin emosional pulak. ntah la... mudah sangat menitis air mata ni. terutama kalau benda yang aku nak makan tapi orang tak beli atau buat kat aku. 4 Mac lalu, birthday aku..aku ada cakap kat husband nak makan kek choc cheese berries Secret Recipe. tapi...dia beli moist choc cake. dan sampai la entry ni aku tulis, satu habuk choc cheese berries pun aku tak dapat.  aku menangis dalam hati je. dan keinginan aku pun dah "patah". dah langsung tak da selera kat kek tu walaupun before ni memang aku teringin sangat nak makan.

Masa mengandung kat Luqman Wafi dulu, hari raya masa tu..aku ingat lagi. aku bagitau mak yang aku nak makan nasi tomato. tapi, sampai la hari ni, apa pun tak dapat.. masa tu juga, jiran aku buat puding laici. aku teringin sangat-sangat nak makan. aku simpan dalam peti sejuk. aku bagi tau mak yang tu puding untuka aku. aku teringin. tiba-tiba aku tengok puding tu hilang. rupa-rupanya, mak aku bagi abang aku makan puding tu. walaupun puas aku pujuk hati aku, puas aku nak lupakan tapi tetap jugak melekat dalam hati ni. memang aku tak boleh sangat-sangat nak lupakan.

Sedih pilu..tu la yang lebih tepat untuk gambarkan perasaan aku sekarang ni.

Tuesday, March 6, 2012

Dayus

Dua hari lepas saya ke Pacific Star Parade, Alor Setar. Sebab ada sales baju baby Anakku kat bawah tu... Entah macam mana, suami letih pula. so kami decide, saya pergi sorang, suami duduk rumah jaga anak saja lah..anak pun tidur, boleh la papanya tidur dan rehat juga. Tak pernah keluar sorang2 sejak kahwin ni..xpela..pergi jugak. lagipun sales tu last day.

Lebih kurang pukul 8.30 malam jugak lah saya sampai, masa dok belek2 baju tu..saya ternampak ada seorang lelaki dalam lingkungan 50an berjalan rapat di belakang perempuan ni umur 20an cam tu. then secara tiba2, dia merentap rantai leher perempuan tu!!! saya fikir,ahhh ini kes ragut ni!. spontan saya jerit TOLONG!!!TOLONG!!! orang ramai semua berhenti tengok. then tiba-tiba lelaki ni sepak pmpuan ni smpai terjatuh, pastu dia pijak2 badan perempuan ni. saya menjerit bagai anak kecil yang ketakutan sambil memeluk promoter kat situ. ok, promoter pmpuan. jangan salah faham. sambung lagi, lelaki ni buka selipar dia dan tampar2 muka pmpuan ni guna selipar. ya betul..memang macam dalam TV! pastu dia selak baju perempuan tu sampai ternampak bra hokey!!! then sambung pukul!! orang kat situ buat apa? guard mana?? nak tahu??

orang hanya melihat dengan penuh simpati, xda sapa pun tolong dia dan guard tiba 10minit kemudian dengan segala sopan santun gaya jalan si guard. macam orang tu dok pukul semut pula. yang paling saya kesalkan di sini orang ramai hanya memerhati saja dan ada juga ambil kesempatan rakam aksi tersebut nak upload dalam youtube agaknya! DAYUS kan??? saya memang geram betul lah.

pastu promoter tu cakap, sebenarnya diaorg tu suami isteri. si perempuan ni kena kahwin paksa. then nak pi tuntut cerai.. laki ni bengang tu yang mai dok pukul dia separuh mampus tu. siap ugut nak hantar orang rogol pmpuan ni pmpuan tu kerja kat pacific tu jugak.. laki ni memang dah selalu datang pukul dia. DAYUS kan???

itulah kisahnya..saya pulang dengan segera lepas tu sambil terketar-ketar bawa kereta. takut sangat2 walaupun tak terjadi kat saya. lebih takut apabila memikirkan..masyarakat hari ini, jadi apa-apa pun diaorg tak akan tolong. bukan di china saja, malah di Malaysia..dan ia berlaku di depan mata saya sendiri....

Friday, March 2, 2012

Hipokrit

Aku paling benci dengan orang yang talam dua muka atau bahasa modennya hipokrit. sebab orang macam ni boleh buat apa saja tanpa kita duga dan orang macam ni juga boleh buat hati kita sakit sangat - sangat, macam yang aku alami sekarang. depan kita, dia kutuk orang tu, depan orang tu dia kutuk kita.. boleh ke macam tu? tu ka namanya kawan? tu ka namanya manusia berhati manusia. hmm.. geram betul.lagi satu, masa kita ada duit..dijulangnya kita. cakap lembut penuh hormat dan kasih sayang...tapiiiiiiiiiiiiii..bila time pokai, muka kita ni dimaki hamun. buat macam kita ni xdak maruah. walaupun dia tak buat macam tu kat aku, tapi dia buat kat salah sorang kawan aku. adoiiii..apa jenis manusia lah ni.