Friday, March 30, 2012

Bercuti...Kat Mana?

Saya ni kadang-kadang kuat membebel dan merajuk. dan mungkin sikap saya tu buat orang tak selesa… entah lah. memang perempuan dianugerahkan sikap ni kot, yang tak boleh dibuang terus tapi boleh dikawal rasanya.  Kalau tak bebel, nanti ada sahaja masalah timbul. bila cakap elok2, macam kurang difahami sahaja. Tengah dok berfikir..rasa macam nak pergi bercuti sekejap tenangkan fikiran seorang diri. tapi masalahnya, saya tak boleh tidur tanpa Luqman. dialah segala-galanya dalam hidup saya. Dia lah satu-satunya yang tak memberi masalah. Maafkan mama Luqman..andai dalam stress ni, mama termarahkan Luqman, tinggi suara pada Luqman. Dalam hati mama, hanya Allah sahaja yang tahu betapa mama cintakan Luqman mama ni..Nyawa pun mama sanggup pertaruhkan demi anak mama yang hensem bijak nih… Nanti kita pi jalan2 ya sayang… Mama tengah fikir nak bawa Luqman ke mana. Taknak jauh2 sangat.
Lost World of Tambun
Langkawi Island / Pulau Langkawi
Langkawi
Genting Highlands, -Las Vegas- on a hill top (2000 above sea level), about 50km south-east of Kuala Lumpur, Malaysias only Casino is there plus theme parks, restaurants, resort, etc
 Genting Highland
Cameron Highland
Nanti kita discuss dan pilih antara empat lokasi ni ya…mama kena pilih tempat ikut kesesuaian sayang mama juga. tak boleh tempat panas. dan kena tempat yang sesuai dengan jiwa Luqman yang sekarang ni memang sangat aktif. hehehe. kena cari tempat yang senang “control” Luqman.

No comments: