Monday, June 11, 2012

Kain Buruk Boleh Dibasuh

Hai semua... No. I'm not selling any kain buruk here. Cuma tak tahu nak letak tajuk apa kan. Sebenarnya harini saya nak bercakap tentang sifat manusia. Anda juga mesti pernah berdepan, mendengar atau alami sendiri situasi ini. Apabila kita mendengar seseorang buat satu kejahatan, cepat dan mudah saja kita menghakimi dia. Kita tentukan dosa pahala dia, syurga atau neraka tempatnya.


Siapakah kita?layakkah kita menilai seseorg? sudah taraf "malaikat" atau "nabi yang maksum" kah? sama sekali tidak. Sejahat mana pun manusia tu, boleh berubah menjadi baik kalau Allah nak. Tugas kita hanya menasihati, memberi panduan. Bukan menuding jari, bukan menghakimi atau lebih teruk lagi membuka aib dia merata-rata. Sekotor-kotor atau seburuk mana pun sehelai kain, jika dibasuh, boleh menjadi bersih. Jangan lah melemparkan hinaan atau menyumpah yang bukan2 kepada pesalah. Sebabnya, di masa depan, kita tak tahu diri kita akan jadi macam mana, kita tak tahu anak cucu kita nanti perangai macam mana.




Tidak ada seorang pun dalam dunia ni sejak kecil bercita-cita nak jadi penjahat, nak jadi perogol, pembunuh. Semuanya pasti bersebab dan mungkin hanya Allah saja tahu sebabnya. Kadang kala saya terfikir, kalau la seorang perogol masuk penjara dan insaf akan kesalahannya, setiap hari mendalami ilmu agama, mengabdikan diri pada Allah setiap saat. Alangkah indahnya jika dia mati dalam keadaan Allah ampunkan semua dosa-dosanya. Bukankah itu takdir hidup terbaik yang telah Allah tentukan untuknya? Berbanding dengan insan-insan yang Allah takdirkan menjadi seseorang yang dihormati di dunia, disanjung di sana sini, tapi lalai terhadap Allah, hanya pandai menuding jari terhadap orang sekeliling yang "buruk", maka tentulah beliau insan yang rugi.

Saya ingin belajar untuk sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja walaupun kepada insan yng pernah lukakan hati saya. Ini janji kepada diri saya sendiri. Selepas ni, kalau saya terdengar apa-apa hal orang buat kejahatan, saya hanya nak mendoakan agar Allah bukakan hati beliau untuk berubah. Dan yang paling penting Allah akan melindungi saya dan keluarga saya dari pelbagai godaan kejahatan. Siapa tahu, hari ni kita mengata orang, menghina orang...besok lusa...kena balik pada diri sendiri. Allah Maha Kaya.. kan? semua ada anak, kakak, adik, abang...keluarga...kan? Jadi belajarlah mengeluarkan doa-doa yang baik sahaja, moga-moga dengan berkat doa tersebut, anak cucu kita juga mendapat keberkatan. Amin...

No comments: