Sunday, February 12, 2012

Apa Punca Sebenar Jururawat Menganggur??

Agak lama saya tak menaip entry di blog saya. busy kemain dgn anak yg aktif dan beberapa urusan lain...ni baru ja balik dari Taiping sebab melawat ibu bapa mertua yang nak menunaikan umrah Jumaat ini... Semoga mereka selamat pergi dan balik dan semoga ibadah mereka terbaik di sisi Allah S.W.T..

Ok, berbalik pada tajuk saya di atas yer...apa punca sebenar pemegang diploma kejururawatan masih menganggur?? baru-baru ini saya ada terbaca di akhbar tentang satu siasatan akan dijalankan berhubung isi ini...Jadi saya terpanggil untuk menulis pendapat saya tentang isu ini kerana adik saya juga seorang pemegang diploma kejururawatan dari sebuah kolej swasta terkenal, masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berpuluh permohanan dibuat. habis baik ialah dipanggil temuduga, kemudian...senyap lenyap begitu saja...

Saya bertanya adik saya..apa yang disoal ketika sesi temuduga?? dia cakap, "tanya ada pengalaman tak dan berapa lama pengalaman?" then adik saya beritahu dia fresh graduate dan pengalaman banyak dikutip semasa belajar kerana dihantar praktikal di hospital kerajaan di hampir kesemua bahagian wad. Namun jawapan yang diberikan amat menghampakan iaitu "Kami memerlukan jururawat yang dah cekap bekerja dan pengalaman kerja 3 tahun ke atas"hmmm

Saya rasa faktor utama jururawat tanam anggur ni ialah tidak diberikan ruang dan peluang untuk mengutip pengalaman. Betul x? kalau tidak ada sesiapa pun yang memberi peluang untuk mereka memulakan kerjaya, dari mana mereka nak dapatkan pengalaman??

Kalu dilihat balik, saya pernah duduk di wad selama 5 bulan dan saya lihat jururawat yang diambil bekerja takdelah cekap pun. adik saya lagi cekap kot. pernah tempat pembedahan saya di dressing mcm budak 6 tahun buat. balik dari wad, adik saya yang betulkan semua dan buat balik.. semasa dalam pantang juga adik saya yang menjaga bayi saya. jauh lebih cekap dari cara jururawat di hospital jaga..saya tahu sebab anak saya lahir x cukp bulan dan tinggal kat NICU sekejap. so, don't judge a book by its cover!

Para interviewer yang terdiri daripada jururawat senior dan doktor juga perlu ingat..siapa anda sebelum anda sekarang?? anda juga bermula dari kosong. anda juga pernah diberikan peluang walaupun saat itu anda tiada pengalaman..kasihanilah anak-anak muda zaman sekarang yang begitu terbatas peluang kerjaya. berilah peluang untuk mereka belajar dan membuktikan kemampuan mereka. gaji bukan persoalan..yang penting ialah pengalaman yang bakal mereka kutip..



Rumusan saya di sini, x payah susah2 buat siasatan..sebabnya sudah terang lagi bersuluh..buka saja jobstreet, jenjob atau apa saja laman mencari pekerjaan..mesti ada tulis. "EXPERIENCE: 3 YEARS"

Sekian terima kasih

No comments: