Monday, December 5, 2011

Kisah 2011 Aku: Bulan & Peristiwa

January :
Bulan ni aku kerap sangat masuk wad dan hospital tu ibarat rumah kedua aku.

February:
Bulan ni adalah bulan dugaan di dalam hidup aku. Aku mengalami krisis kewangan yang paling buruk dalam sejarah hidup aku ni...Nenek aku meninggal pada usia 77 tahun pada 24/02/2011.

March:
Bulan ni aku dapat hadiah yang tak ternilai harganya dari Allah...iaitu seorang putera yang cerdik dan comel pada tanggal 23/03/2011. Birthday aku juga pada bulan ni..

April:
Aku menjalani pembedahan buang batu dalam hempedu dan bulan ni juga banyak dugaan berlaku. Selain itu, sepupu aku yang sakit juga meninggal pada 22/04/2011, iaitu Allahyarhamah Noor Suzana Binti Selaiman.

May:
Bulan May ni hidup aku mula terurus dan berada pada tahap yang lebih stabil. Masalah juga kian beransur pergi meninggalkan aku..

June:
Ulangtahun perkahwinan aku yang pertama. Alhamdulillah, kehidupan aku bertambah baik dan aku bahagia bersama suami dan anak kami.

Julai
First time bawa anak travel jauh ke KL...Dia baik je sepanjang perjalanan from Alor Setar-Taiping-KL. and all the way back. Perkahwinan Hafiz dan Jazira di KL bersama Luqman Wafi

August
Bulan umat Islam berpuasa dalam tahun ini dan juga beraya. Tahun ni beraya kat Alor Setar

September
Bulan ni rezeki kami sekeluarga datang mencurah curah. Alhamdulillah.

October
Kerjaya kami berdua mula menampakkan cahaya. Cewah... Tapi suami aku mulai busy dengan kerja sehingga kami jarang ada masa bersama. Tapi aku tetap bersyukur kerana walau sibuk macam mana pun, dia tetap mencintai aku :-)

November
Kami diduga lagi. Luqman Wafi masuk wad disebabkan asthma dan selepas dua hari dia keluar wad, aku pula masuk wad kerana demam.

December
Birthday mak dan abah dalam bulan ni. keadaan kewangan bulan ni menyebabkan aku terpaksa tangguh dulu pemberian hadiah. Aku juga stress sebab banyak sangat kerja dan masalah lain yang akan aku cerita di post yang lain :-)

No comments: