Tuesday, April 17, 2012

Lagu Burung Pungguk

Ada satu hari ni...Luqman Wafi dah ngantuk sangat tapi tak nak tido. dia nak ajak mama main cak pulak..huhu. akhirnya daku yang buntu ni peluk dia, then nyanyi lagu burung pungguk kat dia.. terus terlena budak tu...nak dijadikan cerita, my mum in law terdengar la suara garing nyaring i ni nyanyi.. terus dia cakap.. "eh..Munirah tau lagu tu??dah lama tu..." hehehe

Aku rsa aku tau sebab dulu2 ada arwah jiran yang umur dah memang tua, suka nyanyi lagu tu kat aku kot. hahaha. so lagu tu memang melekat dalam otak aku.atau pun cikgu muzik aku yang ajarkan..entah lah. liriknya macam ni...
Wahai si burung pungguk
mengapa merayu rayu
engkau di atas pokok
mungkinkah sedang rindu

Memang pungguk merindu
bukan bulan mengambang
pungguk merindu-rindu
kekasih belum pulang

Wahai oh pungguk 
sabarlah jangan duka
jangan lekas merajuk
nanti kau lekas tua

ok..sampai situ je aku hafal... kalau ada sesiapa yang tahu tajuk dan penyanyi asal lagu ni, tolong beritau aku ya... :-)

Monday, April 16, 2012

Hati Aku

Hati aku...
aku yang rasa...
aku yang sedih...
aku yang suka...
kau ada rasa?
apa dalam dada?

hati aku...pilu...
hati aku...sakit...
hati aku...pedih...
hati aku...hancur...

aku mahu sendiri...
dengan hati aku...
biar hati pujuk...

biar hati suka...
biar hati berbunga...
biar hati ketawa...

jangan hati mati...
tinggal aku sendiri...
ikut hati mati...

Cabut Gigi Semasa Mengandung

Assalamualaikum semua..

Di saat saya menulis post kali ni, kepala dan gusi saya berdenyut2. dalam telinga pula terasa bengang satu macam. muka pun terasa hangat macam nak demam. semalaman saya tak boleh tidur. toleh kiri sakit, toleh kanan sakit. pastu dah nekad, siang nanti, aku mesti cabut gigi geraham bongsu ni. sebelah dah cabut dulu.. ni lagi sebelah pulak.

Pastu dengan semangat berkobar-kobar, saya pun ke klinik gigi. tnggu giliran hampir 2 jam jugak lah. bila masuk ja bilik doktor, dia check smua..dan cakap, memang kena cabut ni.. sebab gusi terkoyak teruk dan bengkak. saya pun siap nganga luas2. tiba2 teringat......

             oppppsssss..doctor, i'm pregnant 3 months..boleh cabut kah??

doctor trus angkat tangan mcm menyerah kalah tu..

no..no..no..i can't do it... tnggu lepas bersalin..
            
            lamanya!sakit gila nih..anyway, pls explain y u can't do it?

ok puan..sebabnya ialah, ubat bius yang kami gunakan nanti boleh menyebabkan keguguran. yang kedua ialah, ini gigi geraham bongsu.akar sangat panjang. jika semasa cabut, akar patah di dalam, kita perlu x-ray. dan itu akan mencacatkan kandungan puan. 

            oh my Allah!! xpa la doctor..saya tak nak cabut. tapi sakit sangat ni..
            macam mana nak buat...

ok..apabila sakit, kamu berkumur dengan air sejuk sehingga terasa sedikit kebas. ini juga boleh mengurangkan bengkak.letakkan ais di tempat yang sakit dan di luar pipi. 

makan makanan yang lembut dan banyakkan minum air masak kerana kurang air dan cuaca panas juga boleh sebabkan gigi skit.

berus gigi setiap kali lepas makan dan berkumur secara kerap dengan pembasmi kuman atau nama lainnya listerine. :p

jika masih terlalu sakit, makan panadol mengikut dos yang ditetapkan. 


so all mommies, kalau boleh elak, kita elakkan dari cabut gigi semasa hamil ni. tapi kalau dan sampai nazak sangat, sila la jumpa pakar pergigian ya! yang penting sabar.....ini semua dugaan untuk kita. beristifar banyak2 sebab kalau sakit gigi, memang suka marah-marah dan melenting macam singa tak makan 10 hari. ;-)

Tuesday, April 3, 2012

Kisah Sedih Norma- Perlukan Sumbangan Anda

Assalamualaikum… hari ni terpanggil untuk berkongsi kisah sedih sambil saling sama2 mendoakan buat insan2 ini. Saya copy entry ini dari Kasih Aleeya. Kisah tentang Pasangan Norma dan Talib yang ditulis oleh Moon tentang adik iparnya. Update terbaru ada di blog Moon.
—-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer… memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq… Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..

Norma dan Rafiq
Talib sentiasa bersama isteri
Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je.. kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib… Amin….