Wednesday, February 15, 2012

Mat Katering

Majlis perkahwinan saya diadakan pada bulan Jun 2010. Jadi masa bulan Mac tu saya da sibuk mencari katering, baju pengantin, set pelamin dan macam2 persediaan. Juga masa tu, saya amat pentingkan bajet saya. Dalam sibuk2 tu juga, setiap malam saya akan berada di kedai makan kakak saya yang berniaga capati. Masa dok berniaga tu tiba-tiba ada satu pakcik regular customer offer saya satu pakej katering yang amat murah dengan kawan dia iaitu Mat Katering..mula-mula tu serius saya rasa cam ni satu penipuan sebab pakej yang ditawarkan terlalu sangat paling murah!!!! nak tahu pakej apa??

mesti 1000 orang ke atas
majlis saya 2000 orang hari tu...
satu kepala RM5.80 sahaja
Menu:
  • Nasi minyak
  • Gulai Daging
  • Ayam Goreng Berempah
  • Daging Masak Hitam
  • Pencuci mulut- Oren
  • Air Sirap
  • Acar Buah
  • Bubur Kacang

dan...

bawah ni semua dapat percuma!!

  • 1 set baju pengantin(saya pakai yang baru, saya rasmi baju tu)
  • Pelamin
  • Cadar + Hias bilik tidur
  • Makanan pengantin untuk 40 orang
  • Khemah 6 buah berkipas dan scarlet
  • Kek Pengantin 3 tingkat
  • Makanan untuk hari akad nikah iaitu bihun goreng dan air teh o panas untuk 100 orang
  • Pakej honeymoon ke Langkawi 3H 2M (free chalet (Charlie Motel) n tambang feri)

maknanya semua kos untuk majlis perkahwinan saya untuk 2000 orang jemputan hanyalah berharga RM11,600!! memang rezeki kami la...

Dan yang paling best, majlis kami sempurna, berjalan lancar tanpa satu masalah pun. selepas majlis, team Mat Katering membersihkan halaman rumah. majlis pulak grand tau! lihat saja gambar2...sebelum ni kakak saya majlis macam tu jugak. bajet RM 20K...

Yang saya puji dan suka sangat sebab:
  • makanan sedap
  • majlis lancar
  • sangat murah
  • sempurna
Saya ada bertanya pada Abang Mat Tauke Katering, kenapa murah sangat??
dia cakap tujuan dia bukan nak untung semata-mata. cukuplah orang puas hati...dia kata dia tetap untung tapi x banyak..n dia boleh bagi murah sebab ni bisnes family.. isteri tukang buat kek, anak dia pula buka butik pengantin, and pak sedara dia pemilik Charlie Motel, Langkawi.

Semoga Allah memurahkan rezeki Abang Mat sekeluarga kerana berniaga dengan ikhlas. Saya rasa, inilah katering paling murah di alor setar. memang tak dapat kat tempat lain. siap percuma macam2. cuma mekap je saya ambil kat Kamarul & Yani sebab dekat dengan rumah. then photography kat anak sedara abg mat punya kawan. RM500 jer.








sorry ada gmbar yg x rotate sbb x perasan..hihi. amacam?? kalau sesiapa yg duk area Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang berminat dengan pakej Mat Katering..bolehlah comment kat cni yer...

Sunday, February 12, 2012

Dietku Yang Gagal...

hehehe..itulah tajuknya.gagal bukan sebab cara tu tak berkesan..tapi saya yang tiada disiplin.maybe can start again next time. tu je anda perlu tahu.
ok bye

Bagaimana Menjadi Ibu Bapa Yang Baik??

Assalamualaikum...

Ibu bapa yang baik sebenarnya menjadi acuan penting untuk membentuk anak2 yang baik. Saya pernah melihat seorang kanak-kanak, apabila memarahi adiknya nada suaranya tinggi, renungan matanya tajam, bahasanya kasar... saya berfikir "hmm..budak sebesar ini pun bertindak macam orang dewasa ketika marah" tapi selepas 5 minit, datang la si ibu...memarahi anak2 yang sedang bergaduh.hmm no wonder. si ibu ketika marah guna bhasa kasar, tengking anak2. patutla anaknya garang...mencontohi si ibi 100%. tak perlu la saya jelaskan panjang lebar, anda tentu dapat berfikir apa yang berlaku jika anda memarahi anak2 dalam kelembutan..tips terbaik, gunakan pendekatan psikologi..gunakan penerangan agama.. contohnya.. "x baik kakak lawan cakap ibu, nanti Allah marah..esok bila bangun tidur, tiba2 mulut kakak x boleh cakap, x boleh makan. Allah ambil balik mulut sebab suka melawan ibu"
"Some kids do what you say.  Some kids do what you say do not do.  But all kids do what you do."


Sikap kedua yang patut dicontohi ibu bapa ialah adil.Adil membahagikan kasih sayang, adil membahagikan segalanya walaupun sebiji kurma. Saya pernah melihat seorang ibu mempunyai 5 anak. ketika hendak berbuka puasa, si ibu mendapati kurma hanya tinggal sebiji sahaja. apa yang si ibu buat ialah belah kurma tadi kepada 7 bhagian. 1 untuk ibu,1 untuk ayah dan seorang satu untuk anak-anaknya. Dan saya melihat peribadi anak2nya, soleh dan solehah. adil sesama sendiri dan bijak bertolak ansur.

Lazimnya, kita sebagai ibu bapa, kerap membebel dan berleter apabila memarahi anak-anak. Cuba kita ubah style...diam apabila marah. tapi jangan memberontak. contohnya bila suruh anak buang sampah, anak buat derk je..jangan marah. diam sahaja. anak akan perasan perubahan si ibu dan dia akan buat tugasan tersebut untuk pulihkan suasana harmoni dengan ibu. xpun gunakan psikologi lagi..(wah..wah..asyik psikolgi je sy ni) "kalau adik x tolong ibu, ibu boleh buat sndri..xpe la...nnt biarla ibu pengsan kat dapur.. xda sapa tlong ibu."

Apabila janji mesti anda tepati. Contohnya, "kalau adik siapkan kerja sekolah, ibu bwa keluar mkn mlm ni" bila anak dah buat, jangan pula buat alasan yer. anda dah janji. kalau anda selalu memungkiri janji, anda sebenarnya dalam proses mengajar anak anda bercakap bohong dan memperkecilkan perasaan orang lain.
Childhood Years Can Be Great
Jadilah pasangan romantis di hadapan anak2 anda walaupun anda dan pasangan sedang bergaduh.  jangan show depan anak2. apabila hati mereka bahagia melihat ibu bapa, ia akan membentuk jaringan positif dalam dirinya. InsyaAllah anak-anak anda nanti akan jadi orang yang positif dan berperibadi mulia.

buat harini.tu ja la saya nak ngomel kot..hihi. klau terlintas lagi apa2 tips, saya share k!!

Apa Punca Sebenar Jururawat Menganggur??

Agak lama saya tak menaip entry di blog saya. busy kemain dgn anak yg aktif dan beberapa urusan lain...ni baru ja balik dari Taiping sebab melawat ibu bapa mertua yang nak menunaikan umrah Jumaat ini... Semoga mereka selamat pergi dan balik dan semoga ibadah mereka terbaik di sisi Allah S.W.T..

Ok, berbalik pada tajuk saya di atas yer...apa punca sebenar pemegang diploma kejururawatan masih menganggur?? baru-baru ini saya ada terbaca di akhbar tentang satu siasatan akan dijalankan berhubung isi ini...Jadi saya terpanggil untuk menulis pendapat saya tentang isu ini kerana adik saya juga seorang pemegang diploma kejururawatan dari sebuah kolej swasta terkenal, masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berpuluh permohanan dibuat. habis baik ialah dipanggil temuduga, kemudian...senyap lenyap begitu saja...

Saya bertanya adik saya..apa yang disoal ketika sesi temuduga?? dia cakap, "tanya ada pengalaman tak dan berapa lama pengalaman?" then adik saya beritahu dia fresh graduate dan pengalaman banyak dikutip semasa belajar kerana dihantar praktikal di hospital kerajaan di hampir kesemua bahagian wad. Namun jawapan yang diberikan amat menghampakan iaitu "Kami memerlukan jururawat yang dah cekap bekerja dan pengalaman kerja 3 tahun ke atas"hmmm

Saya rasa faktor utama jururawat tanam anggur ni ialah tidak diberikan ruang dan peluang untuk mengutip pengalaman. Betul x? kalau tidak ada sesiapa pun yang memberi peluang untuk mereka memulakan kerjaya, dari mana mereka nak dapatkan pengalaman??

Kalu dilihat balik, saya pernah duduk di wad selama 5 bulan dan saya lihat jururawat yang diambil bekerja takdelah cekap pun. adik saya lagi cekap kot. pernah tempat pembedahan saya di dressing mcm budak 6 tahun buat. balik dari wad, adik saya yang betulkan semua dan buat balik.. semasa dalam pantang juga adik saya yang menjaga bayi saya. jauh lebih cekap dari cara jururawat di hospital jaga..saya tahu sebab anak saya lahir x cukp bulan dan tinggal kat NICU sekejap. so, don't judge a book by its cover!

Para interviewer yang terdiri daripada jururawat senior dan doktor juga perlu ingat..siapa anda sebelum anda sekarang?? anda juga bermula dari kosong. anda juga pernah diberikan peluang walaupun saat itu anda tiada pengalaman..kasihanilah anak-anak muda zaman sekarang yang begitu terbatas peluang kerjaya. berilah peluang untuk mereka belajar dan membuktikan kemampuan mereka. gaji bukan persoalan..yang penting ialah pengalaman yang bakal mereka kutip..



Rumusan saya di sini, x payah susah2 buat siasatan..sebabnya sudah terang lagi bersuluh..buka saja jobstreet, jenjob atau apa saja laman mencari pekerjaan..mesti ada tulis. "EXPERIENCE: 3 YEARS"

Sekian terima kasih